Logo KBBA

6 WEBSITE YANG WAJIB KORANG LAWATI

December 03, 2016

Hai all..



hujung-hujung minggu nie kalau tak ada plan ke mana-mana mehh sini luangkan masa anda untuk baca entry sini sampai abiss

Kat sini aku nak kongsi ada 6 website yang korang patut tahu dan ambil tahu. Info berguna untuk u'oulss tau..boleh kongsi-kongsikan bersama-sama. Dah tahu jangan lupa share kan ^_^

1.  Jawatan Kosong

Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.


2. Jawatan Kosong Kerajaan

Laman web Jawatan Kosong Kerajaan ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan di mana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat pinjaman betul kan hihihi ? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak dapat.tapi belum cuba belum tahu kan.apply sekarang tau !

3. Kerja Kosong

Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan di mana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang bergaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmark nya sekarang.

4.Saps Ibu Bapa

ehh..saps ibu bapa ?website apa ni? Haaaa !! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.

5. APDM

 Laman web apa APDM ni ? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.

6. HRMIS

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam Bahasa Inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

 Haa , sekarang korang mesti dah tahu kan  mengenai 6 website yang wajib korang lawati nie ? Semestinya berguna untuk semua.

 kalau-kalau ada adik ke kakak ke abang ke yang sedang mencari kerja jangan lupa kongsikan website diatas dengan semua yer.Jadi kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan di sektor kerajaan , bolehlah ringan-ringankan tangan anda melawati laman web yang berkenaan ..

 Manakala , untuk ibu bapa yang hendak memeriksa keputusan peperiksaan anak anda sila lawati laman sesawang saps ibu bapa

Sekian sahaja perkongsian dari #blogpermatabiru  ..

 Jumpa lagi nanti ye

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^