Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA DIA

October 17, 2017




Dia TV3

Drama 'Dia' yang menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia. Ditunjangi oleh Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, dan Sandrinna Michelle Skornicki. Drama bersiri sebanyak 60 episod terbitan produksi OrangeTree Production Sdn Bhd. Arahan bersama sutradara Eoon Suhaini, Omar Olly Alaydrus dan Zamri Zakaria. Drama Dia akan ditayangkan mulai 14 Oktober 2017, setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : DIA
EPISOD : 60 episod
TARIKH TAYANGAN : 14 Oktober 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 9.00 malam
SIARAN : TV3 (Drama Eksklusif)
SKRIP : Zarihah Hassan, Nasir Sulaiman, Azidah Jaafar, Azmy Ariff, Shuhadatul Ain
PENGARAH : Eoon Shuhaini / Omar Olly Alaydrus / Zamri Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd / Limelight Pictures
PELAKON : Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Emma Maembong, Farouk Hussain, Fazlina Ahmad Daud, Nonny Nadirah, Tash Yong, Taib Zamannuri, Mawar Rashid, Syaffiq Sahli, Anas Ridzuan, Rykarl Iskandar, Hefny Sahad, Nadia Brian, Ezzaty Abdullah

WATAK PELAKON
Irwansyah sebagai Aidit
Janna Nick sebagai Aira
Izara Aishah sebagai Emelda
Adi Putra sebagai Zaid
Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha
Kevin Andrean sebagai Mika
Juliana Moechtar sebagai Zelma
Aleza Shadan sebagai Fatimah
Zamarul Hisham sebagai Hafiz
Emma Maembong sebagai Tina
Farouk Hussain sebagai Pak Hashim
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Milah
Tash Yong sebagai Bella
Taib Zamannuri sebagai Zaki
Syaffiq Sahli sebagai Ustaz Nasir

LAGU TEMA / OST DIA 
Tajuk : Dia
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Video : LINK

SINOPSIS DRAMA DIA (TV3)

Mengisahkan Adit, seorang pemuda jujur dan rajin yang telah menerima surat wasiat arwah bapanya. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan di Malaysia dan telah dipaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia. Biarpun Adit sudah punya pilihan hati, tetapi dia terpaksa akur dengan keputusan ayahnya demi mereliasikan impian ayahnya itu. 

Adit (Irwansyah) telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah), walaupun Adit sebenarnya amat mencintai Aira (Janna Nick). Oleh kerana patah hati, Aira telah membawa diri ke tempat lain dan bekerja sebagai seorang penulis.

Adit berusaha untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada Emelda dengan sepenuh hati. Namun, jodohnya dengan Emelda tidak berpanjangan apabila isterinya itu meninggal dunia ketika melahirkan bayi sulung mereka yang diberi nama Icha Aulia (Sandrinna Michelle Skornicki).

Pada masa yang sama, Adit harus berdepan ujian untuk merapatkan hubungan Icha dengan keluarga arwah isterinya. Konflik bertambah apabila Adit bertemu semula dengan Aira, wanita yang pernah dicintainya sebelum dia membina rumahtangga bersama Emelda. Walaubagaimanapun, Aira kini rapat dengan Zaid (Adi Putra) yang telah lama mendambakan cinta Aira.

Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui Adit. Adakah dia cukup tabah untuk mengharungi kesemua ujian yang menimpa hidupnya ini? Apakah kesudahannya

sumber : sini 

***Drama ini sudah pun di tayangkan di TV3 pada 14 Oktober yang lalu. kalau tengok dari first episod memang menarik perhatian. jom sama-sama saksikan cerita DIA :)

Sinopsis Drama Dia Slot Akasia TV3

Hasil carian imej untuk sinopsis drama dia

sinopsis drama dia tv3 lakonan irwansyah dan janna nick, pelakon dan gambar drama dia tv3


You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Tengok juga sekejap episod pertama...

    macam menarik..tetapi biasalah kalau drama ni susah nak ikut...kadang terlepas...

    boleh juga baca lirik OST Drama ini Lirik Lagu Dia OST Drama Dia

    ReplyDelete
  2. Harap ceritanya menarik dan plot2 yang baik dan mendatang manfaat kepada penonton.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^