Minggu nie aku nak update resepi
PUDING OREO
sebenarnya dah lama aku peram sebahagian daripada gambar
puding nie hehehe
kesempatan yang ada minggu nie baru
dapat nak update resepinya
mudah sangat U'oulsss...
jangan lupa lepas baca terus buat tau! hehehe
BAHAN-BAHANNYA:
ada 5 sahaja bahan....
kan dah cakap mudah aje hehe...macam dekat pic di atas
AGAR-AGAR
SUSU SEJAT
BISKUT OREO
MILO
DAN GULA
CARA MASAK:
1. Panaskan periuk dengan air, kemudian masukkan agar-agar tali. aku selalu guna yang pek kecik
13gm dengan sukatan air 5 cawan.
2. Kacau sehingga Larut kemudian masukkan SUSU CAIR DAN GULA .Tahap kemanisan
mengikut sukatan rasa masing-masin yer..aku guna 2 senduk je gula
3. BAHAGIKAN kepada 2 bahagian untuk puding oreo yang ada Layer
4. Satu bahagian - Masukkan serbuk milo dan untuk satu bahagian lagi warna putih susu tu ehh..
5. Untuk Puding Oreo 3 Layer, korang kena masukkan warna coklat (milo) dahulu..biarkan sejuk dan
beku seketika ..kemudian di selang seli dengan warna PUTIH..
6. Untuk warna putih, kita aku akan masukkan Biskut Oreo yang di patah-patahkan *tips : masukkan
biskut oreo semasa puding suam/hampir beku, jangan masuk awal yer nanti biskut cepat lembik
(tak sdap)
7. Akhir sekali masukkan lapisan coklat selepas lapisan kedua beku.
8. Potong dan makan ketika puding sejuk. baru sedap ! ok.sekian.
![]() |
| #airtanganPB..JANGAN LUPA cuba tau ! |
Terima kasih sudi singgah sini ^_^
Gud Luck..hihi




