//]]>

Petua KempisKan PeRut

February 16, 2012

salam,

hari in tetiba ja rasa macam nak berkongsi petu untuk mengempiskan perut...tidak kira la pada ibu yang baru lepas bersalin mahupun anak2 dara yang belum berkahwin..pada saya, masalah ini pasti menrungsingkan kaum wanita.kerana saya sendiri kini sedang mengalaminya..mmg merimaskan..hari2 rasa mcam nak berdiet tp kalau diet pun badan kurus tak mustahil perut masih menampakkan rupa buncitnya..jom sama2 kita cuba petua ini..harap2 menjadi la..hehehe

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.


-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..
-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..
-Minum setiap pagi dan malam.
-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.


2.Lansing dengan teh dan limau kasturi.

-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.
-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.


3.Lansing dengan daun cekur.

-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.
-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.
-Masukkan 1/2 gelas air.
-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.


4.Khasiat asam jawa.

-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.
-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.
-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
-Lemak di badan pasti akan berkurangan.


5.Lansing dengan biji manjakani.

-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.
-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.
-Biar mendidih dan di sejukkan.
-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.
-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

selamat mencuba...:)

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^