Logo KBBA

Kaki Krem semasa Mengandung

July 18, 2013

salam..


nak share info sikit ttg
kaki krem semasa mengandung..
actually baru ja terjadi semalam..
untuk kandungan kedua nie..
bkn xpernah berlaku masa ngandung kaisara dulu..
tapi xda la seawal sekarang..
saya baru 4 bln kan..

Mengapa kekejangan betis berlaku pada waktu malam?


Kejang betis adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Memang sungguh menjengkelkan apabila ini berlaku pada waktu malam dan mengejutkan anda dari tidur. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

cara nak atasi ketika kekejangan berlaku

Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan.

Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.Mujurlah kejang betis adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Apabila kekejangan berlaku: 

  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 

  • Senaman regangan betis. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.



krdt to: sini

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. dulu pernah jadi mcm anak kedua..due bulan berapa farah

    ReplyDelete
  2. pernah jadi waktu mlm waktu peknen anakkedua... masa 2 husband outstation... sdey hati lg sakit dr krem hu3

    ReplyDelete
  3. xpernah terjadi lagi sebab xkwin lagi hehehe...tapi nice info kak.kot2 lepas raya ni iman kwin boleh jdikkan guide pregnt nnt

    ReplyDelete
  4. hee.. biasa dh.. sbb mmg byk jalan.. naik tgga berkali-kali sehari... :)

    ReplyDelete
  5. mang sakit kalau kaki krem...rs cam nak jerit... sbb tahan sakit

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^