//]]>

Love YOu Mr.Arrogant

September 27, 2013

salam...

dah masuk episod ke dua cerita nie...
dah saya mula jatuh hati dengan
watak-watak dalam cerita tu..
terasa nak mencari je novel tu..hehehe  (pulan saya tau!)
suka tgk lakonan Azlee khairi & heroinnya

saya mmg minat lakonan azlee nie..
sebabbila tgk dia teringat dekat ashraf muslim...
muka yang sejuk dan ala-ala baik gitu...(ehh..pendapat saya la..)




ok jom baca sikit sinopsis cerita nie:

Jodoh Zaara Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.
Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.
Tambah pula,sikap ibu mertuanya Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.
Puan Seri Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarpun tidak seperti isteri. Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu.

saya nie mmg jenis suka tgk cerita berepisod..
pandangan pertama saya melalui episod satu dan dua
kalau mula-mula cerita dah berbunga-bunga hati nie
mmg xsabar la nak menanti episod seterusnya
hope dapat la saya tengok setiap episod...hehehe



nota: satu lagi drama yang sedang saya ikuti TV9 tajuk?? SANGKAR..best juga tgk..buat otak kita berfikir byk flash back


You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. episod smlm best..hahah garang tp comel

    ReplyDelete
  2. Sya suka cerita ni jgk..sbb ganas2 sikit wataknya..x suka cerita yg hero heroin lemah gemalai..hehe..

    ReplyDelete
  3. lama dah tak layan drama bersiri...

    ReplyDelete
  4. kfieda suke gak cite ni..seronok plk tgk zarra...ala2 lurus gitu..tp comey dan best dia berlakon..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^