//]]>

Cara Menghilangkan Kahak Bayi

February 17, 2014

salam..


just nak kongsi info
cara menghilangkan kahak bayi
bagi bayi yang masih kecil mereka memang tak tahu cara nak buang kahak tu
kalau kita yang dewasa pun rasa tidak selesa apabila berkahak
inikan pula bayi yang masil kecil dan tak tahu nak membuang kahak itu
sebenarnya dah hampir dua minggu anak saya
kaliff batuk berkahak
mula-mula jadi waktu malam je yang ketara bunyi kahaknya
mungkin kerana angin malam yang sejuk
tapi makin lama bunyi kahak tu dah mula mengganggu pernafasannya


akhirnya saya ajak juga en.husband
ke klinik untuk dapatkan rawatan
jangan pandang ringan bunyi kahak nie
sebab kahak yang terlalu banyak akan menyebabkan jangkitan kuman pada paru-paru bayi
sampai ke satu tahap anak kita
mungkin perlu disedut kahaknya
saya kalau boleh nak elakkan anak dari disedut kahaknya menggunakan mesin dihospital/klinik
kerana keadaan itu akan buat anak kita tidak selesa
ada satu kaedah yang nurse klinik ajar saya
untuk pecahkan kahak bayi melalui teknik tepukan
yang dinamakan percussion

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

kredit : sini


alhamdulillah saya cuba dan amalkan juga teknik ini selain
bagi anak makan ubat..
yang kahak akan keluar melalui najisnya..
nampak semakin okay dan adakala kahak anak saya keluar
bersama susu yang terkeluar apabila dia terjeluak...
ibu mana yang tidak risaukan apabila anak sakit atau tidak sihat
almaklumla anak kecil nak cakap sakit kat mana pun tak tahu
 asyik nangis je sebab tidak selesa dengan keadaan yang mereka alami kan

korang macamana pula ada petua lain tak menghilangkan kahak anak kecil nie??
ohh ya..anak saya kaliff nie cuma alami batuk & kahak aje
tak de selsema..jadi nak sedut hingus dr hidung dia pun xperlu lah


nota: semoga anak mama kaliff rizqi cepat sembuhh.....

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^