//]]>

pembedahan caesarean vs kelahiran biasa

February 17, 2014


 salam..

apakah pilihan anda untuk bersalin nanti??
adakah melalui pembedahan atau bersalin normal
saya nak berkongsi sedikit pengalaman yang ada
pada saya bersalin melalui pembedahan bukanlah pilihan yang terbaik..
sebab bagi saya proses penyembuhan melalui pembedahan akan memakan masa
berbanding bersalin normal

memang impian setiap wanita hamil untuk bersalin normalkan
saya sendiri pun tidak terfikir untuk kali kedua nie
terpaksa bersalin melalui pembedahan
walaupun laluan dah hampir terbuka..
alhamdulillah anak pertama dulu dah merasa bersalin normal..
jadi bila bersalin anak kedua nie bersalin pembedahan
memang lain dari segi penjagaan dan proses penyembuhan
next entry nanti saya akan ceritakan kenapa saya terpaksa dibedah..

di sini ada sedikit info 

Adakah pembedahan caesarean selamat, berbanding kelahiran biasa?

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.

Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat.

Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda.

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:
mempunyai berat badan berlebihan atau obes;
pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

Jika anda telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan.

Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, anda dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean


sumber :sini



nota: alhamdulillah walau macam mana pun kaedah kita bersalin harapan agar ibu dan anak selamat..

You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. Assalamualaikum kak, risaunya nak masuk labour room. lagi 3 bulan je kak.. kongsi sikit pengalaman bersalin normal dan c-zer ni... boleh kak?

    ReplyDelete
  2. mmg pn kalo blh xnak czer sb nk sembuh tu makan masa.tp klo dh xde plhn, apo nak dibuek...trm jelh asalkan anak n ibu slmt :-)

    ReplyDelete
  3. setuju ngan PB, dr segi penjagaan senang lagi bersalin normal dr czer... klu czer kena jg betul2 sebab yg luka kat dalam tu kita tak nampak.

    ReplyDelete
  4. sbb akak lahirkan mia cecara czer,.. terasa mudah saja penjagaannya...

    ReplyDelete
  5. prnh dgr.. kelahiran normal, skitnya masa nak kluar je..lepas tu ok da..

    http://sihatrampingtk.blogspot.com/2014/02/nasi.html

    ReplyDelete
  6. entah.. xde pengalaman lagi.. tp yg pastinya bersalin cara mcm mana pun dah cukup besar pengorbanan ibu tu kan.. sakit tetap terasa...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^