//]]>

Doktor Beri Racun

March 02, 2014

Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.
Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu. 
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas. 
Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.
Foto
KHAIRUL mendukung Nasrullah yang melecur 100 peratus akibat tersalah ubat yang diberikan doktor ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.
sumber: sini
bimbang pula saya..selalu ambil ubat anak dekat klinik swasta di alor star..kenapa tak dedahkan nama klinik tu..minta simpang la bkn klinik yang saya selalu pergi..pelik pula doktor boleh salah bg ubat..biar betul! doktorkah itu??

nota: setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...moga keluarga mereka tabah dan sabar..buat bayi tersebut moga cepat sembuh..amin

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Hati2 sungguh bab2 ubat ni... Sbb tu sy amalkan natural remedy je..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^