//]]>

Tips Mudah untuk Ibu-Ibu

May 22, 2014

salam...



Bergelar pengurus rumah tangga atau ibu adalah tugas yang sangat mulia. Namun demikian ada sesetengah ibu yang kadang kala berasa tertekan menggalas tugas tersebut ekoran dengan beberapa masalah yang dihadapi.

Bijak menguruskan masa yang dimiliki menjadi kunci utama, ibu boleh terus bertenaga dan bersemangat menguruskan rumah tangga, anak-anak dan kerjaya dalam masa yang sama. Jangan biarkan perasaan tertekan menguasai diri anda, sebaliknya nikmati saat berharga menguruskan anak-anak dan rumah tangga sebagai sebahagian tanggungjawab yang membahagiakan. Mungkin tips berikut boleh membantu anda.

Manfaatkan Waktu Anak Tidur

Memandangkan anda jarang tidur siang seperti anak anda jadi apabila si kecil tidur di siang hari, gunakan sebaiknya masa tersebut untuk membereskan kerja-kerja rumah secepatnya agar apabila anak sudah bangun dari tidur anda sudah punya masa untuknya. Bagaimanapun sesekali pastikan keselamatan anak semasa tidur.

Selesaikan Tugas Semaksimumnya

Lakukan tugas mengemas rumah semaksimum yang boleh. Misalnya sambil anda memasak, cuci pinggan mangkuk di dalam sinki atau pakaian di dalam mesin basuh. Dengan kata lain selesaikan banyak tugasan dalam satu masa dan jangan membazirkan masa menunggu satu persatu.

Simpan Tenaga

Biarpun anda ingin menghabiskan semua tugasan dengan cepat tetapi pastikan anda memberi masa rehat untuk diri sendiri agat tidak kehabisan tenaga. Ini kerana anda memerlukan lebih tenaga untuk meluangkan masa bermain dengan anak dan membuat urusan lain.

Buat Jadual

Ia kedengaran klise tetapi hakikatnya penggunaan jadual sangat membantu ibu menguruskan hal rumah tangga dengan lebih efisien.

Ubah Suai Rutin

Bagi mengelakkan anda berasa bosan membuat rutin harian yang sama, sesekali boleh ubah suai jadual kegiatan anda. Dengan cara ini anda akan lebih bersemangat menguruskan tugas rumah tangga.

 sumber : sini 


**walau seberat mana tugas dan tanggungjawab kita..yang penting ikhlas dalam melaksanakannya..
    Allahmdulillah..PB happy menjaga kedua-dua anak..walaupun en.hubby jauh di sisi..penat tu memang ada..tp bagai mana kita menanganinya yang penting...anak2 tidak terabai..sayangg mereka berdua oppsss..bertiga PLUSS en.Hubby...hehehe


nota: lumrah kehidupan ada pasang surutnya...



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. terima kasih atas perkongsian tips..in sha Allah..

    ReplyDelete
  2. Ada tips.. Tpi mmg sy x buat pun semua.. Yg pnting ng isteri yg kerja, suami wajib bantu..sbb isteri dh bntu suami kn... Tpi yg pjj..mmg tabik spring becoz you are supermom!!!

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^