//]]>

Ibu Bapa Digesa Lebih Peka

June 25, 2014

Melaka: Masyarakat khususnya ibu bapa digesa lebih peka terhadap aspek keselamatan anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah terutamanya membabitkan kes culik.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Bukit Aman Datuk Wira Ayub Yaakub berkata, ini kerana kebanyakan kes membabitkan jenayah terhadap kanak-kanak dikesan disebabkan faktor kecuaian ibu bapa.
Katanya, sehubungan itu ibu bapa diminta mengambil sikap lebih bertanggungjawab dan sentiasa berwaspada untuk memastikan kejadian sama tidak berulang. 
"Kes penculikan berlaku berkemungkinan disebabkan terdapatnya permintaan (daripada mana-mana pihak), oleh itu ibu bapa perlu lebih berhati-hati dan peka kerana kita tidak tahu bila penjenayah akan bertindak.
"Pelbagai tip pencegahan jenayah diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Namun masih ramai yang tidak belajar daripada kesilapan sehingga berulangnya kes jenayah sama," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Bandar Hilir di sini, tadi.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25  sumber : sini 


**PB pun mula bimbang dengan kes yang semakin menjadi2..artikel nie pun susulan kes terbaru semalan..remaja larikan kereta dan anak2 kecil masih di dalam kereta tersebut..Allahuakbar..nasib la mereka tinggalkan budak2 tu..dengan kes2 culik dan jual organ lagi..jenayah di mana-mana sahaja..kena selalu beringat dan berhati-hati..en.hubby pun macam cuak juga nak tglkan kami anak beranak berjauhan begini..tp apakan daya..Moga Allah melindungi kami sekeluarga..


nota: mlm nanti en.hubby dah nak balik kedah...:'(



You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Banykkn doa dan tawakal padanya selain usaha utk lebih berwaspada..

    ReplyDelete
  2. dekat kemaman ni pon ade kes..smpai semua pintu pgr sekolah ttp.ibubapa x dibernakan msuk..cikgu akn iring pelajar kt pintu sekolah n pastikan parent y ambik ank,

    lace tu beli kat kdai jual alatan jahit.. harga rm 9.90 je y lya beli..dia byk patern..tp bwh harga rm20.. kalo org besar ambik saiz besar la.. bawah harga rm30 utk 2pcs,, klo nk mtk tlg lya belikan blh je.. nanti bg no phone.. leh wassap..

    ReplyDelete
  3. kita saling bantu membantu..bukan ibu bapa tak peka kadang2 terlalu banyak perkara harus dititikberatkan, anak2 pula tak boleh lepa sikit pun tu yang kena ikat tali tu..huhu
    tp pihak berwajib perlulah lebih mjalankan tugas mereka, bukan tak ramai..ramai sangat2..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^