//]]>

MH17: Waktu Bertafakur Seminit Antara 10.45 Hingga 11.15 Pagi Jumaat - Shabery

August 21, 2014






PUTRAJAYA: Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 sempena istiadat penerimaan jenazah mangsa tragedi itu Jumaat ini adalah antara 10.45 hingga 11.15 pagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain hadirin di lokasi istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), orang ramai yang tidak dapat hadir turut diminta bertafakur sebagai tanda penghormatan terakhir.

"Kita minta rakyat semua bertafakur walaupun di mana mereka berada... di rumah, di pejabat, di sekolah dan kenderaan juga diminta berhenti seketika pada waktu berkenaan.

"Kita akan maklumkan melalui siaran radio dan televisyen waktu untuk setiap orang bersedia untuk bertafakur selama seminit. Bagi beragama Islam boleh membaca al-Fatihah dan bukan Islam berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing," katanya dalam sidang media Istiadat Penerimaan Jenazah Warga Malaysia Tragedi MH17 di sini hari ini.

Sidang media itu diadakan bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.


sumber: sini

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^