//]]>

Penafian isu 'Ustaz Azhar Idrus'

October 24, 2014




salam...






Status : Dinafikan Oleh Pihak UAI
Mula Disebar : 22 Okt 2014
Tarikh Penafian : 23 Okt 2014

Sejak dari semalam, kita digemparkan dengan penyebaran video skandal yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita.

Bagaimanapun, pembantu UAI, Zulkifli Wahab sudah tampil untuk memberi keterangan mengenai perkara terbabit. Menurut Zulkifli, video terbabit adalah usaha terancang dari pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba untuk menggagalkan usaha penyebaran dakwah di dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menerusi Harian Metro, berikut adalah kenyataan dari Zulkifli mengenai perkara ini :

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Zulkifli juga, UAI tidak langsung terjejas dengan penyebaran video itu dan masih lagi akan meneruskan program ceramahnya seperti biasa.



sumber : sini

** PB sekadar berkongsi , isu yang tengah panas ini mudah-mudah semua itu hanya fitnah yang nak menjatuhkan UIA sahaja..dan tiada agenda di sebaliknya..

nota: bila manusia cuba mengambil kesempatan ke atas orang lain...hmm..sadisss...


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Assalam PB,
    jemput join giveaway:
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/10/first-giveaway-by-zakinamaku.html

    ReplyDelete
  2. Nauzubillah.. Fitnah berleluasa akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. Sana sini org buat fitnah..nauzubillah

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^