//]]>

TELEKUNG LYCRA : sah atau tidak SOLAT?

November 14, 2014

SALAM..

sedikit perkongsian
mengenai isu yang tertimbul baru-baru nie..
mengenai pemakaian TELEKUNG LYCRA
yang dikatakan menampakkan susuk tubuh..
adakah sah solat?




Pertamanya,  Kita harus tahu di mana kita hendak mendirikan solat??
Kalau kita solat hanya di rumah dimana hanya ada semua mahram-mahram kita, maka ianya tidaklah menjadi satu kesalahan yang mana tidak memenuhi syarat sah sembahyang. Misalnya kita solat di rumah atau di ruang solat wanita maka tidak lah sampai membawa kepada hukum batal solat jika menggunakan telekung lycra. Ini kerana 'menutup aurat' di dalam salah satu syarat sah sembahyang membawa maksud :

1. Menutup aurat antara pusat dan lutut bagi lelaki.

2. Menutup keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan DENGAN SUATU YANG MENUTUP DAN MENEGAH DARIPADA DILIHAT WARNA KULITNYA PADA PIHAK ATAS DAN KELILINGNYA WALAUPUN DILUMUR LUMPUR SEKALIPUN.

Mengikut syarat kedua itu sudah jelas solat kita sudah sah walaupun dilumur lumpur sekalipun. Apa yang kita faham kalau lumur lumpur pastinya bentuk tubuh boleh kelihatan. Cuma warna kulit sahaja yang tidak kelihatan. Ringkasnya di sini jika kita bersembahyang di ruang solat wanita atau di hadapan mahram kita , tidak jadi isu atau soal tentang menampakkan bentuk tubuh. Boleh sahaja bersolat dengan pakai seluar panjang, baju kurung atau TELEKUNG LYCRA yang mana kita tahu telekung lycra tidak jarang hanya nampak bentuk sahaja. Ustazah kira sahabat semua dah faham tentang ' bentuk tubuh' atas penerangan sebelum ini kan.

TETAPI!!!!!!!!! Awas jika solatnya di ruang terbuka atau di hadapan lelaki ajnabi ( bukan mahram) maka anda semua kena jaga ciri-ciri menutup aurat. Hati-hati dengan telekung lycra yang nipis ya..cari kain yang lebih tebal untuk dijadikan telekung atau boleh sahaja solat tanpa telekung dengan jubah dan baju kurung yang longgar. Marilah kita cuba tinggalkan sebentar telekung kita dirumah. Jadikan amalan untuk sentiasa menutup aurat di luar solat sehingga pakaian tersebut boleh bawa kepada solat kita bila-bila masa.

SUMBER : SINI

** PB ada sehelai telekung nie..beli masa aidilfitri lalu..tp mmg dah rasa mcm membentuk tubuh. mgkn sebab PB ambik saiz kecik...so, PB simpan pakai dalam rumah je..klu nk gie jalan or masjid pakai yang lain..lg selamat...


nota: salam jumaat...:)



You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. sy ppun ada satu,tapi suami suh pakaikan di rumah jek

    ReplyDelete
  2. bc komen psl ni..dan ada plbagai jwapan ustaz berlainan..

    ReplyDelete
  3. Tula akibatnya ada mcm2 jenis telekung skrg nie. Hurnmm
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  4. pelbagai jawapan... kesimpulan kena tepuk dada tanya iman...

    ReplyDelete
  5. Diana guna telekung yang biasa jer...

    ReplyDelete
  6. saya xda tp klo nk pun ambil size besar

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^