Travelling Beruang

November 02, 2015



TV3 akan membawakan telefilem istimewa berjudul Travelling Beruang pada hujung minggu ini. Menampilkan barisan pelakon popular seperti Ungku Ismail, Zara Zya, Siti Elizad, Yana Samsudin, dan Zul Huzaimy. Telefilem ini merupakan kemuncak kepada kempen Travelling Beruang yang telah dilancarkan sejak 9 Jun lalu. Sebuah kempen tercipta atas dasar menimbulkan kesedaran tentang penyakit kanser disamping mendapatkan dana bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Telefilem Travelling Beruang mempunyai dua bahagian, bakal ditayangkan pada hari Sabtu dan Ahad ini (31 Oktober dan 1 November) di TV3 pada pukul 9 malam. Boleh juga menontonnya menerusi laman portal tonton.com.my

JUDUL : TRAVELLING BERUANG
TARIKH / MASA : 31 Oktober & 1 November 2015, 9.00 malam
SIARAN : TV3
PENGARAH : Syahid Johan dan Jay Jamal 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd
PELAKON : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Zara Zya, Yuyun Yuzlin, Baby Sofea, Ammar Titan,  Zul Huzaimy, Yana Samsudin

SINOPSIS TRAVELLING BERUANG
Travelling Beruang mengisahkan Adit (Ungku Ismail Aziz) yang merupakan seorang novelis yang hilang arah setelah kehilangan anak perempuannya kerana kanser. Kebahagian rumah tangganya bersama Lisa (Zara Zya) juga punah. Bagi Lisa, Adit telah banyak berubah. Malah Adit seperti mementingkan kerjayanya sejak kematian anak mereka.
Adit dihantui rasa bersalah dan dia tidak mampu lagi menghasilkan novel. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan Zamani (Zul Huzaimy) yang juga teman karibnya. Zamani yang resah dan kebimbangan menceritakan mengenai keadaan anaknya, Aishah (Yuyun Yuslin) yang telah diagnosis dengan penyakit kanser. Adit tersentak, dia bagaikan melihat cermin dirinya.

Adit melihat wajah Aishah di hospital. Hatinya sayu melihat Aishah lemah tidak bermaya. Kenangannya bersama Yana, arwah anaknya mula bermain di fikiran Adit. Sejak itu Adit banyak mengambil kesempatan untuk melawat Aishah. Dalam pertemuan itu, Aishah sempat berkongsi impiannya untuk melihat dunia. Impian Aishah besar namun dia tahu dia tidak mampu mencapainya kerana keadaannya yang tidak mengizinkan.

Sejak daripada itu, Adit berfikir tentang bagaimana dia mampu merealisasikan impian Aishah. Adit mengambil langkah berani untuk mengembara ke serata dunia dan Aishah hanya mampu menyandarkan impian kepada ‘Mr. Bear’ patung kesayangannya. Walaupun sedih, Aishah gembira kerana Adit berjanji untuk berkongsi pengalamannya setiap kali mengembara.

Pengembaraan itu bukan sahaja demi Aishah tetapi juga menemukan sebahagian daripada hidupnya yang telah hilang. Dalam perjalanan itu, dia bakal menemui wanita misteri, Kat (Elizad Sharifuddin) yang bakal membawa Adit kepada suatu penemuan baru. Apakah yang bakal terjadi? 
sumber : sini



***Kempen Travelling Beruang diwujudkan bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia. Tabung Travelling Beruang MAKNA diwujudkan oleh TV3 dan MAKNA bagi memudahkan masyarakat memberi sumbangan untuk tujuan amal ini. Bantuan anda mampu membuat perubahan di dalam kehidupan mereka.

Ikuti perjalanan Ungku Ismail Aziz dalam pengembaraannya bersama patung Travelling Beruang dengan harapan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di www.travellingberuang.com.my


*****semalam sempat juga tengok citer nie..masa #travellingberuang1 xda perasaan sangat masa menonton tu..masuk je #travellingberuang2 baru bercucuran airmataku nie..tersentuh sangat masa tengok budak perempuan tu meraung kesakitan...sama macam arwah mak PB masa menjalani rawatan...PB antara orang yang paling dekat dan tengok macam mana pesakit kanser nak bertahan untuk teruskan kehidupan...sedihh T_T alfatihah untuk arwah mak PB.


nota: buat pesakit kanser..semoga kuat dan tabah melaluinya...banyakan berdoa -_-


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Sempat tgk kedua-dua episod walaupun sekerat sana sekerat sini.. memang sedih sangat.. hanya yang melalui jer tau betapa berat dugaan.. Semoga semua pesakit kanser tabah menempuh dugaan...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah untuk arwah mak akak.. dugaan kak dalam hidup..
    insan terpilih saja yang Allah uji...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^