SINOPSIS DRAMA CINTA 100KG

April 05, 2016



Cinta 100kg


JUDUL : CINTA 100KG
EPISOD : 20 episod
TARIKH : 5 Mac 2016
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 7.00 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
SKRIP : Nazri M. Annuar
PENGARAH : Megat Shah Rizal
TERBITAN : Playground Productions Sdn Bhd
PELAKON : Sherry Alhadad, Sharifah Amani, Fezrul Khan, Ungku Hariz, Ruzana Ibrahim, Cristina Suzanne, Zain Saidan, Safia Hanifah, Bront Palarea, Amran Ismail, Amyza Aznan

WATAK PELAKON
Sherry Alhadad sebagai Dian
Sharifah Amani sebagai Wati
Fezrul Khan sebagai Khairul
Ungku Hariz sebagai Zain
Ruzana Ibrahim sebagai Rozie
Zain Saidan sebagai Shahril
Cristina Suzanne sebagai Julia
Safia Hanifah sebagai Tina
Putri Hanan Shahidah sebagai Dian

SINOPSIS CINTA 100KG

Mengisahkan dua sahabat yang bergelut dalam misi pencarian cinta sejati mereka. Wati (Sharifah Amani) dan Dian (Sherry Al Hadad) merupakan dua wanita yang kurang dari segi paras rupa mereka. Wati yang berperwatakan seperti tomboi merasakan dirinya kurang menarik dari pandangan lelaki. Manakala sahabatnya Dian pula, mempunyai masalah berat badan yang serius. Ini membuat Dian sentiasa berasa tidak yakin dengan dirinya berbanding dengan perempuan-perempuan yang jauh lebih cantik darinya.

Setelah Wati berpisah dengan teman lelakinya, Faliq, Wati mula bersenam di gym sebagai hobinya. Di gym itu, Wati berkenalan dengan pemilik gym yang kacak bernama Shahril (Zain Saidin). Bermula hari itu, Wati semakin obses dengan Shahril. Hampir setiap hari, Wati menceritakan tentang Shahril kepada Dian sehingga menyebabkan Dian muak dengan obsesi Wati kepada Shahril.

Namun, pada waktu yang sama, Dian sedang berhadapan dengan krisis bersama teman lelakinya, Khairul (Fezrul Khan) yang berkerja sebagai juruterbang. Hal ini kerana, Dian sentiasa cemburu dengan rakan-rakan peramugari Khairul yang jauh lebih cantik darinya.

Krisis Dian memuncak apabila Rozie, seorang peramugari didapati sedang mengenali Khairul. Tambahan lagi, Khairul seperti semakin tertarik dengan Rozie kerana Rozie pandai memasak. Ini membuatkan Dian berasa tercabar dan lebih cemburu. Demi membantu Dian, rakan karib Dian dan Wati, Tina (Safia Hanifah) mencadangkan agar Dian menipu Khairul bahawa dia juga pandai memasak dengan mengaku kuih yang dibuat oleh Tina adalah hasil tangannya.

Walaupun Dian tidak menyukai Rozie pada mulanya, tetapi lambat-laun dia merasakan bahawa sebenarnya Rozie adalah seorang wanita yang baik dan mereka berdua pun menjadi rapat. Persahabatan baru antara Dian dan Rozie itu telah membuat Wati berasa cemburu dan dia juga mempersoalkan motif sebenar Dian berkawan dengan Rozie. Namun, apa yang tidak disedari Dian adalah, Rozie sebenarnya mempunyai niat untuk mengkhianat Dian.

Adakah persahabatan antara Dian dan Wati tercabar? Bagaimanakah Wati menyelamatkan Dian dari khianat Rozie? Adakah cinta buat Wati dan Dian?


SUMBER : SINI

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. nice jugak cite ni..

    singgah + follow sini... ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  2. Drama ni memang best sgt2..watak yang bersahaja..tak macam lakonan pun..

    ReplyDelete
  3. menarik gak drama ni ye..tapi petang lak masanye ke udara ...petang2 ni sibuk beraktiviti di luar rumah =)

    salam kenal dari rafie #664

    jom tambah baca info batuk kat sini =)http://sihatcun-rafie.blogspot.my/2016/04/batuk-tanda-sistem-pertahanan-badan.html

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^