TIPS MENJAGA KESIHATAN MATA

August 19, 2016

       


       Mata adalah salah satu deria paling penting pada tubuh kita. Dengan mata kita mampu menikmati kehidupan yang sihat serta keindahan alam yang sangat bernilai ini. Oleh itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan mata agar terhindar dari pelbagai jenis penyakit mata. Menjaga mata dengan baik adalah salah satu cara kita mensyukuri nikmat yang diberikan ...

 ANTARA TIPS MENJAGA KESIHATAN MATA :


1. Elakkan menggosok mata menggunakan tangan dengan kuat. Gunakan kain bersih untuk menggosok mata bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Menggosok mata dengan kuat mampu merosakkan sel-sel serta saraf pada mata.


2. Jaga jarak penglihatan anda. Sebaik-baiknya 50cm – 100cm sari skrin komputer atau televisyen.


 3. Merehatkan mata. Jangan memaksa mata anda untuk mengadap buku atau skrin komputer dengan terlalu lama. Rehatkan sebentar bagi mengurangkan ketegangan mata.

4. Makan makanan yang tinggi kandungan Vitamin A.

 5. Memakai alat pelindung mata. Kini banyak telah dicipta cermin mata gelap pelindung UV untuk kesihatan mata. Amalkan penggunaan cermin mata gelap untuk aktiviti harian anda seperti memandu, bermain golf, berjogging dan sebagainya.

6. Membuat pemeriksaan mata. Lakukan pemeriksaan mata secara rutin bagi mengelak sebarang penyakit yang tidak diingini. Sekiranya anda ada merasakan kelainan pada penglihatan anda, segera berjumpa doktor untuk khidmat nasihat.

7. Berhenti merokok. Bagi perokok tegar, mulakan usaha anda untuk berhenti merokok kerana ia mampu merosakkan saraf pada mata sekaligus menjejaskan kesihatan mata.

rujukan : http://www.healthyvitagarden.com/tips-mudah-menjaga-kesihatan-mata/


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. perkongsian yang baik farah PB...

    ReplyDelete
  2. tip yang berguna....thks ya kongsi info ini....kdo teropong blog ini.....www.keladionline.com

    ReplyDelete
  3. Thank you untuk perkongsian ni PB

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^