//]]>

GegarVaganza 3: Elly Mazlein Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan Minggu Pertama

October 17, 2016



Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan - Elly Mazlein

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku


Tertutup sudah pintu hatiku
tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan


Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan


Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu


You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Sepanjang minggu ni kisah Elly bertebaran di alam maya..moga dia terus cekal..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^