//]]>

KORANG TANYA SAYA JAWAB

December 26, 2016

Selamat petang

Mood bercuti lagi
Sempena krismas dan hujung tahun
Yehaaa...menghabiskan sisa2 2016
Kalau cuti banyak lagi memang dah boleh cuti terus sampai tahun hadapan hehe

So petang2 yang redup ni
I'ouls nk open
Tuk semua yg kot2 ada nk tanya soalan
Nanti i'ouss bagi jawapannya
Tapi rulenya 1 je soalan dr setiap orang hahaha (takut x sempat jawab nanti)

1 je tau jangan lebih2
Insyallah pb jawab nanti
Apa sahaja soalan ^_^


Khas tuk u'oulss sempena 2016

Yang akan berlalu pergi....heee

Yang nak tips

Rahsia

Resepi

Info

Ilmu

Pokoknya apa2 je soalan lahh....hahaa

Silakan ^_*


You Might Also Like

7 pesanan ditinggalkan

  1. okay, saya tanya 1 soalan je yer.. 1 je..
    pada tahun 1955, tanah melayu berjaya melaksanakan Pilihan Raya Umum yang pertama dimana dalam pilihan raya ini, parti kebangsaan melayu bersatu (PEKEMBAR) atau united malay national organisation (UMNO) telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. dan dalam pilihanraya tersebut, antara manifesto pekembar adalah untuk mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun selepas 1955 (dijangka pada tahun 1959).
    tapi kenapa tanah melayu merdeka pada tahun 1957 (dua tahun lebih awal)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang soalan nie..sejarah saya suka:)

      "Keputusan pilihan raya 1955 ialah, Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan Parti Persatuan Islam Se-Tanah Malaya (PAS) telah memenangi satu kerusi."

      Kemenangan yang amat cemerlang oleh Parti Perikatan telah membolehkan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Ketua Parti Perikatan menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet. Anggota kabinet yang ditubuhkan terdiri daripada pelbagai kaum dan berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai.

      Dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh Parti Perikatan dalam pilihan raya tahun 1955, maka Pemuda UMNO telah mendesak Tunku Abdul Rahman supaya menuntut kemerdekaan dari kerajaan British.

      Tarikh 31 Ogos 1957 dicadangkan sebagai hari pengisytiharan. Apabila setiausaha Tanah Jajahan Inggeris, iaitu Alan Lennox Boyd datang ke Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1955, Tunku telah menyampaikan hasrat rakyat negara ini untuk menuntut kemerdekaan dari pihak British. Alen Lennox Boyd memberi jaminan bahawa beliau sanggup merundingkan tentang perkara tersebut di London pada awal tahun 1956.

      Apabila Majlis Raja-raja mengadakan persidangannya pada September 1955, Tunku Abdul Rahman telah memaklumkan perkara tersebut kepada Majlis Raja-raja. Semua raja-raja bersetuju supaya satu perundingan diadakan dengan pihak British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu.

      Rombongan Tunku sampai di London pada 14hb Januari 1956. Mereka kemudiannya berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain. Rundingan berjalan dari 16hb Januari hingga 6hb Februari 1956.

      Akhirnya kerajaan British akur memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dan satu perjanjian yang dinamakan Perjanjian London telah ditandatangani pada 8hb Februari 1956. Mereka menetapkan tarikh 31hb Ogos 1957 bagi Persekutuan Tamah Melayu mencapai kemerdekaan mutlak.(fakta)

      Delete
  2. nak tanya,

    mcm mana boleh terjebak ada blog? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niat asal cuma suka2 je..nk keep memori ttg si comel kaisara..dh lama2 minat plak update pelbagai story..now, i love blogging

      Delete
  3. Selamat tahun baru Farah. Tak tau nak tanya apa, rumah baru Farah tu kat mana?

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^