//]]>

AMALKAN CUKA APPLE DENGAN MADU ASLI DI BULAN PUASA

May 31, 2017


Salam Ramadan ke- 5, Alhamdulillah cepat je masa berlalu kan sedar tak sedar dah 5 ramadan. Tahun nie macam biasa nak cukupkan puasa 30 hari ehh!!! orang perempuan jarang nak cukup kan? hikhiks...tapi harap-harap tahun nie aku tak payah la ganti banyak sangat puasa heeee..persiapan raya anak-anak pun dah 90% settle.Now fokus untuk berpuasa je.

Tahun nie puasa aku di temani Apple Cidar Vinegar with Natural Honey keluaran Surya..yeahhh...dah masuk hari ke lima mengamalkannya. Nak tahu tak khasiat Cuka Apple keluaran Surya Malaysia? haaaa...kalau dulu aku ingat cuka apple nie memang khas untuk orang-orang yang nak diet sahaja rupanya banyak lagi kegunaan lainnya, pendek kata khasiat di sebalik cuka apple nie banyak sebenarnya. Dulu masa rakan sepejabat aku amalkan cuka apple ini, aku ingat sesuai untuk golongan-golongan berumur sahaja, rupanya sesuai jer untuk di minum seisi keluarga.



 APPLE CIDAR VINEGAR WITH HONEY KELUARAN SURYA
  • Buah apple yang segar mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi.
  • Mempunyai sumber anti-oksida seperti Carotenoids dan Beta-Carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang boleh melemahkan sistem imunisasi.
  • Cuka dapat membantu merendahkan paras glukosa darah, 
  • Melambatkan pengosongan gastrik dan membantu glukosa darah dan tahap insulin
  • Bahan utamanya asid asetik
  • Cuka juga mampu membunuh bakteria dan digunakan sebagai bahan pengawet semulajadi
Surya Apple Cider Vinegar dengan Madu Asli adalah sesuai untuk semua peringkat umur kerana rasanya lebih baru, tak berapa masam dan sesuai sebagai minuman kesihatan yang baik untuk melengkapkan diet harian kita.

jangan lupa berbuka bersama apple cidar vinegar keluaran surya malaysia

Sempena bulan ramadan tahun nie, sesuailah dengan azam aku nak kurangkan lemak-lemak degil di badan Jadi, tu aku mula amalkan ACV nie. Cuka Apple nie  korang cuma perlu tambah kan sahaja ke dalam air atau jus buah-buahan semasa hendak berbuka ( 2 sudu besar ) , boleh membantu mendapatkan semula tenaga yang hilang dan mendapat manfaat kesihatan yang berganda ^_^



selain itu, cuka apple dengan madu asli nie boleh juga di gunakan dalam masakan sebagai pengganti cuka biasa. Chef wan pun Mengesyorkan  gunakan cuka apple nie sebagai pengganti asam jawa.

Manfaat daripada memakan ACV termasuk:

  • membantu dengan detoksifikasi khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
  • melegakan senak
  • mengurangkan keletihan
  • melegakan sorethroats
  • mengurangkan berat badan


Cara Pemakanan

Dua sudu Apple Cider Vinegar dicampurkan dengan satu gelas air suam/ minuman berjus 

Sesuai diminum semasa berbuka atau semasa bersahur.

Cuka epal ini juga elok di minum waktu malam sebelum tidur. 


Dekat mana nak beli 

okay, kalau korang nak beli APPLE Cidar vinegar with honey KELUARAN SURYA MALAYSIA nie korang boleh di BELI di WATSON atau beli ONLINE DEKAT LAZADA atau SHOPEE 




dekat sini aku selitkan sedikit maklumat tentang SURYA MALAYSIA  dengan visi "Kesihatan untuk semua" mendorong mereka untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang selamat, murah dan berkesan untukk semua, Surya Malaysia  bertujuan untuk menyediakan produk kesihatan dengan sentuhan tempatan yang akan meningkatkan landskap penjagaan kesihatan di malaysian dan akhirnya memberi kesihatan kepada semua.


 Untuk Maklumat lanjut :

FACEBOOK : SURYA.MALAYSIA
INSTAGRAM : @SURYA.MALAYSIA


selamat berpuasa semua 












You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Nak beli lagilah...memang sedap cuka epal surya ni

    ReplyDelete
  2. banyak komisyen nih.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Supplement terbaik untuk kekal sihat dan kuat di bulan puasa ni..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^