//]]>

RESEPI MASAK CUKA IKAN TONGKOL

May 26, 2017

Resepi masak cuka ikan tongkol (blogger contest -1)


Hai u'oulsss
Macam biasa dah lama tak muncul-muncul kan
Dengan resepi yang  mudah dan ringkas
Campak-campak pun sedap okay..!
Yang pasti campak dalam kuali la baru menjadi hehe..

Jom try


Resepi masak cuka ikan tongkol
 nie merupakan salah satu resepi dan makanan 
kegemaran aku dan en.hubby di bulan ramadan
dulu masa arwah mak aku ada lagi
dia memang suka makan masakan ini
jadi sempat la juga aku menuntut ilmu dari dia

oranag kata resepi oarang lama-lama nie
sedap..
tak perlu nak olah-olah..
kau ikut jer..mesti jadi..:)

sempena bulan ramadan yang bakal tiba nie
aku memang dah plan beberapa resepi untuk di masak
semasa berbuka nanti..
termasukkan masak cuka ikan tonggol nie

kalau dekat kelantan & terangganu tak silap aku
diorang panggil ikan "Aya"
ehh! betul ke ejaan gitu..kalau salah maap kan aku hehehe

jom tengok bahan-bahan yang di gunakan serta cara masaknya
mudah sahaja


Bahan-bahan tumis:

Bawang besar
Bawang putih
Halia
Serai
Biji sawi
Cili besar
Cuka masakan
Gula/garam

*macam biasa sukatan ikut bahan utama yer *ikan tongkol yang dah siap di goreng*.korang boleh juga ganti dengan ikan ketul yang lain2..macam ikan merah,ikan nyoknyok atau ikan yang korang suka makan heeee

Cara masakan:
1.Hiris bawang besar, putih, halia (panjang2 dan nipis2), serai (hiris bulat-bulat).
2.Panaskan kuali letak minyak sedikit sahaja.kemudian tumis semua bahan-bahan tadi sehingga kekuningan
3. Lepas tu masukkan air, cuka (sedikit), garam serta sedikit gula
4. Ahir sekali, masukkan IKAN TONGKOL yang telah di goreng terlebih dahulu.
5. ok.biarkan mendidih seketika, tutup api & siap untuk di makan


haaa..untuk bahan utama yang di perlukan semstinya cuka
korang boleh beli dekat LAZADA pun ada
harga macam dekat bawah nie
murah je wehh jenama TESCO
BELI Online lagi mudah


yang bestnya sekarang LAZADA menawarkan harga-harga istimewa potongan sehingga 90%
bermula 19 Mei 2017 - 30 Jun 2017

klik link bawah nie


bersempena dengan hari raya yang bakal tiba
nak cari apa?sebut aje macam-macam ada
bukan setakat baju raya..barang-barang dapur,ramadan bazar pun ada
di LAZADA
----------------------------------------------------------------------------------------------------------


untuk blogger-blogger ada contest juga u'oulsss
jangan lupa klik banner di bawah
jom pakat-pakat join..
lagi ramai...lagi ramai pilihan pemenangnya...^_^




You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^