//]]>

RESEPI KONFLEKS MADU 2017

June 21, 2017



hai...
 hari ni aku nak share resepi

KONFLEKS MADU 



kalau sebelum-sebelum nie aku ada buat dah
entry di sini
kali nie ada improvement sikit dari segi resepinya
so wajib baca sampai abis yer
untuk pastikan konfleks madu korang MENJADI Hehehe

INI antara salah satu resepi paling mudah & ringkas
untuk hidangan di hari raya anda
okay! jom tengok bahan-bahannya
kali ini aku buat banyak sikit 

jom korang cuba resepi ini...


BAHAN-BAHAN:

konfleks ( apa-apa jenama) 500gm
madu (aku guna jenama honey) 15 sudu / 1 cawan
Brown sugar ( gula perang) 5 sudu
gula castor 2 sudu
Buttercup 250gm ( seketul )
ceri merah/hijau
cup (cari yang comel-comel dan cute)


CARA MASAKAN:

1. masukkan konfleks dalam bekas kemudian korang patah-patahkan sikit bagi separuh hancur lepas tu masukan ceri hijau/merah/kismiss gaul sekali...
2. kemudian korang Cairkan Buttercup, gula perang & gula castor
( korang boleh guna kaedah Double boil ehh..atau masak je terus atas api ( api kecil ))
2. selepas itu  masukkan madu dalam masakan tadi, kacau hingga sebati &tutup api, biarkan suam-suam sikit.
4. Akhir sekali korang tuang bahan-bahan tadi ke dalam bekas berisi konfleks dan kacau hingga sebati
5. Masukkan konfleks yang telah disalut madu tadi ke dalam cup & boleh mula di bakar pada suhu 120-140 selama 10- 15 minit. ( korang agak-agak lah bagi garing yer...baru dia melekat elok )
okay siap!

mudah kan...?



korang patut mencubanya di rumah..
nak ajar anak-anak kecil pun boleh nie..anak-anak aku pun suka je 
kalau aku cakap nak buat biskut konfleks madu nie
konfleks madu ini antara biskut raya favorite aku...yeahhh

selamat mencuba...confirm jadi hehe ^_^



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^