//]]>

SINOPSIS DRAMA ANDAINYA TAKDIR SLOT SAMARINDA

June 01, 2017

sinopsis, drama melayu, andainya takdir, slot samarinda, tv3, masalah rumahtangga, suami, panas baran, drama ramadan, pelakon, shukri yahaya, nina iskandar, puteri balqis, sheila mambo, annie ariffin, adibah yunus, sabhi saddi, putra amaris, dilla ahmad, idris md diah, ikhlas jalil,

Sinopsis Drama Andainya Takdir (Samarinda TV3)

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang tidak disukai Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam. Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. 
sinopsis, drama melayu, andainya takdir, slot samarinda, tv3, masalah rumahtangga, suami, panas baran, drama ramadan, pelakon, shukri yahaya, nina iskandar, puteri balqis, sheila mambo, annie ariffin, adibah yunus, sabhi saddi, putra amaris, dilla ahmad, idris md diah, ikhlas jalil, 
Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir. Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga. Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu. Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?



komen aku : cerita nie macam best tapi time tu tak kena hehe. waktu nie aku dah belayar tido sebab nak bangun sahur awal hahaha...tapi jalan cerita menarik pelakon pun best. aku tengok la juga sikit-sikit...separuh-separuh jalan je lepas tu repeat tengok online je...heee

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Woaa nina iskandar berlakon la.... lama dah x layan drama melayu ni....

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^