//]]>

KAISARA TAHUN 1: WAKTU REHAT

January 13, 2018

Hai korang..sejuknya cuaca hari ini kan.Banyak kawasan yang hujan seharian dr semalam. Jalan pun dah berkabus pagi tadi macam oversea gituu hehe. Kain kat rumah aku nie pun tak kering-kering dari semalam.Macam nak kena pergi keringkan kat Dobi aje...hurmm tapi time-time gini confirm la Dobi Full House orang ramai.

Okay back to tajuk asal.aku nak sambung lagi kisah kaisara tahun 1. Dah dekat 2 minggu bersekolah kan.Alhamdulillah kaisara macam dah bole sesuaikan diri dengan sekolah rendah. Kebimbangan aku nie berkurangan la juga.Dia pun dah ada kawan. Aku sebenarnya paling risau part time REHAT la..masa first week sekolah ritu ada lah dalam 3 hari juga aku ulang alik ke sekolah dia waktu rehat.Mujur sekolah dekat je...



Masa second day tu pak guard macam tak bagi juga parent masuk. Tapi aku gtau la nak juga temankan anak sebab kaisara memang tak pernah lagi beli makanan dekat kantin sekolah.aku cuma nak tengok cara dia beli & makan jer. Minggu pertama nie cikgu-cikgu bagi murid tahun 1 rehat aaal 5 minit. Jadi tak de la adegan rebut-rebutan 😂. Nampak macam smooth jer...cuma ada kecelaruan sikit budak-budak tahun satu bila ada duit dalam poket bukan makanan sangat yang di beli.Macam kaisara sibuk nak makan keropok la , vitagen, calsium, jajan 😑 adoii macam mana la nak kenyang kan.




Masuk je hari ke dua aku dah siap warning kaisara  time rehat wajib makan benda-benda berat macam nasi, mee, koew teow, nasi goreng.  Pastu esok tu macam dah ok.Dia beli nasi dan minum air. Part nak beli makan nie memang kena bgtau dia awal-awal, sebelum bayar tanya dulu makcik kantin tu ada duit baki tak...bukan apa nanti lepas je bg duit diorang terus lari jer..-_- Budak-budak kan.



Jadi kat sini aku nak nasihatkan korang yang akan ada anak tahun satu akan datang cubalah ajar anak-anak cara-cara membeli makanan di kantin sekolah. Gunakan kesempatan pada minggu pertama persekolahan sebab time nie memang Parent boleh masuk kawasan sekolah. Kalau anak korang tak cekap guna duit atau tak pandai mengira lagi korang bagi lah di bawa bekal ^_^ 

Nota : minggu ke dua ini memang harap sepenuhnya pada dia, semoga kakak tak ada masalah time rehat akan datang. Jangan singgah  Koperasi tau! :)

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. budak2 camtula...bkn reti lg kann..salam kenal..sy drpd Penang..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^