Pusat sains Negara Wilayah Utara

January 22, 2013

salam...

hujung minggu yang lalu.
hari ahad
kedah cuti am beersemperna 
dengan hari keputeraan sultan kedah
saya yang bekerja di perlis nie mmg lah dah cuti hujung minggu kan
jadi ambik kesempatan ajak en.hubby pergi jalan-jalan
destinasi yang kami tuju di sini
Pusat Sains Negara wilayah Utara
pernah dengar tapi tak pernah sampai..
kalau korang nak tahu pusat sains nie
terletak bersebelahan dengan Muzium padi aje tau..
(tahu tempat nie pun sebab en.hubby google nak cari tempat menarik di kedah)
situ lah destinasi pilihan..kami hari itu
singgah muziaum padi juga..
sebab belum pernah bawa kaisara ke situ
kami berdua pernah sampai dahhh..
tp masa zaman cinta cintun dulu..hehehe


pintu masuk


Bangunan dewan pameran


macam nie la rupa pusat sains negara wilayah utara...(tiket free aje tau!)


nie pun kira first time tengok pusat sains tue
bila sampai aje teruja gak la..
kalau tengok dekat laluan masuk ke situ
hurrrmmm hampa sikit la..macam kawasan terbiar..
semak samun di kiri kanan jalan..
tapi bila sampai kat dalam tu..memang sedikit teruja gak la...

pendapat saya la satu destinasi menarik
untuk dikunjungi apabila bertandang ke negeri Kedah
Lokasinya terletak di Gunung Keriang
Pusat sains ini mempamerkan kepada orang ramai
berkenaan dengan sains, teknologi dan inovasi terbaru.
pengunjung dapat mempelajari pelbagai perkara mengenai sains
sebab  terdapat banyak peralatan yang menerangkan
kaedah-kaedah yang berkaitan dengan teknologi dan sains.
tapi saya rasa lebih sesuai kalau bawa anak-anak yang masih bersekolah la..
walaupun saya bawa kaisara yang masih kecil nie..
kami berdua pun tak lepaskan peluang mencuba
semua eksperimen yang ada kat dalam Dewan pameran tu..
kira best dan boleh tambah ilmu juga la...hehehe


kaisara dah teruja..tak tahu nak pergi mana...hehe


papa dok timbang kandungan air dalam badan..


jommmm naik basikal...kaisara over tau seronok naik tak nak turun...hahaha



yeeahhhh ituu...mama yang snap picture 
(kata kaisara...pandai plak kaisara speaking...hahaha)*tipu....


mehhh nak bagi info sikit kalau korang berminat untuk kesana
Dibuka setiap hari bermula pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang
untuk lawatan dan masuk adalah percuma.
Kemudahan yang disediakan di sini adalah surau, tandas, kafeteria dan lain-lain.
Sangat sesuai untuk pelajar-pelajar dan keluarga.



nota: pssstttt...lepas masuk pusat sains tu  terus melawat muzium padi...penat naik tangga sekali kaki saya kremmm. petang tu en.hubby terus ajak pergi berjogging katanya stamina saya kurang..sebab tak pernah bersenam...huhuhu



You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. kat KL jer yang semuanya berbayar

    ReplyDelete
  2. hubby dok ajak jugak pi situ tapi tak sempat lagi nak pi...

    ReplyDelete
  3. mcm menarik je pusat sains ni... sy p msa baru bukak dulu xda pa pun.... boleh la bawa anak g sana

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^