//]]>

Produk salindah

April 01, 2013

salam...

Hari nie rasa terpanggil nak kongsikan dengan korang tentang produk salindah..pernah dengar tak??ok Salindah nie ialah   "Set Lengkap Rencana Pemakanan Dan Rawatan Ibu Hamil Dari Awal Kehamilan Sehingga Habis Pantang"..maknanya salindah adalah produk kesihatan untuk penjagaan ibu hamil sehingga selepas pantang..(haa..pernah dengar tak)..sebenarnya terpanggil nak review produk nie sebab last week ada dapat satu email dari someone yang bertanyakan mengenai produk nie..dan saya sendiri pun tak ingat sama ada saya pernah review or belum tentang produk nie...








untuk itu nak kongsi lah sekali lagi kalau2 kot sebelum nie saya pernah cerita bab SALINDAH nie.saya nie adalah pengguna SET LENGKAP SALINDAH semasa menggandungkan kaisara.set lengkap nie kiranya set sehingga lepas bersalin ( dalam pantang ). alhamdulillah, dengan izinNYA semuanya berjalan lancar semasa menggandungkan kaisara. tak da masalah kesihatan lain..xda alahan mahupun morning sickness, cuma saya selalu juga demam di malam hari..siang sihat aje.. buku merah pun pelekat sticker putih aje..:)
untuk itu, saya memang syorkan kepada para-para ibu terutamanya yang first baby untuk try dan amalkan produk salindah nie..

banyak khasiat dan manfaat dari produk nie..tapi haruslah dapat kebenaran dari doktor yang memantau korang tau..satu lagi salindah nie produk homopati..masa makan ubat nie memang tak rasa apa la..dan cara makan juga sedikit berbeza..bukan telan terus tau..just kulum-kulum or kemam like coklat..hehehe..Salindah adalah sesuai untuk semua wanita hamil. Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain.(  macam jurujual plak..hehe ) tapi saya bukan nak jual..just nak kongsikan aje..kalau nak tahu info lebih lanjut boleh singgah ke sana untuk kelebihan produk salindah. kalau taknak ambik set lengkap pun tak pe..boleh ambik satu2..mengikut bulan kehamilan..

kalau nak cerita lagi tentang kelebihannya memang banyak.. boleh singgah sini untuk baca cara nak makan salindah nie di sini..so, far itu aje kot nak kongsikan..ohh yaaa...masa lahirkan kaisara dulu kulit dia memang cantik dan bersih aje selepas dilahirkan (masa doktor letak atas perut tu..)..dan kalau tengok perkembangan kaisara memang rasa salindah membantu juga..otaknya cergas, petah berkata-kata di usia 2 tahun nie dan berjalan di usia 10 bulan (kira cepat la juga kan..kan ) tapi jangan lupa berDOA semua ini Kurniaan DARI Allah SWT..semua dengan izinNYA..


boleh singgah sini juga untuk lebih info : HERE


nota: terpulang pada individu masing-masing..salindah nie cuma sebagai makanan tambahan untuk ibu hamil  *_*



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. sedang ber'salindah' skang ni hihi.... mang makan dr anak 1st lagi...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^