//]]>

SINOPSIS Setitis Kasih Darmia

October 23, 2014





Sinopsis Drama Setitis Kasih Darmia

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan tanpa rela dan tidak pernah diduga apabila terpaksa menikahi lelaki yang tidak pernah dikenalinya. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah (Fauziah Nawi) dan Haliza (Zaryn Minn), sepupu yang memahami keadaanya sementara keluarganya yang lain mencemuh dan membenci dirinya.

Tawaran untuk menyambung pelajaran membuka lembaran baru buat Darmia apatah lagi ditawarkan untuk bekerja sambilan oleh Haliza. Dia melanjutkan pelajaran sambil bekerja separuh masa sebagai orang gaji di rumah majikan Haliza, Khairul Amir. Tanpa Darmia ketahui, Khairul Amir adalah suami yang pernah meninggalkannya empat tahun lalu. Oleh kerana dia bekerja di siang hari, dia tidak pernah bertemu dengan Khairul Amir sehinggalah satu hari mereka bertemu lalu tersingkaplah rahsia antara mereka berdua.

Menyingkap kejadian empat tahun lalu, Darmia dan Khairul Amir pernah bernikah akibat ditangkap khalwat setelah Amir cuba menyelamatkan Darmia dari menjadi mangsa rogol. Amir yang merasakan dirinya dipergunakan telah meninggalkan Darmia sejurus selepas dinikahi dan tidak pernah kembali lagi. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak pernah dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja pada dirinya, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti. Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar.

Setitis Kasih Darmia memaparkan nilai kesabaran dan kekuatan Darmia dalam mengharungi pelbagai ujian demi pertahankan kebahagiaan hidupnya. Gandingan mereka berdua pastinya membuatkan penonton merasa teruja untuk menyaksikan kesudahan kisah kasih Darmia dan Amir yang penuh liku dan halangannya. Setitis Kasih Darmia ini turut membariskan ramai lagi pelakon hebat seperti Zarynn Minn, Josiah Hogan, Puteri Chichi, Azizah Mahzan, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi, Dato Jalaluddin dan Ziela Jalil.




** baru berkesempatan nak share dengan u'oullss mmg best juga kalau baca sinopsisnya..
dah masuk minggu kedua ke udara..PB mmg suka layan cerita TV9 nie..best nak pula gandingan mantap hero dan heroin..wahhh suka..suka..tak sabar nak tunggu next episod..


nota: cerita drama adaptasi dari novel..



You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. wahhhh..kena tengok ni..tapi tau je la en asben saya tu x brp gemar sgt drama melayu..huhuhu..anak2 pulak berebut nk tgk kartun..aduhai..aptb

    ReplyDelete
  2. Here you can sell and buy both new and used products.
    This website is perfect for selling just about anything at all.
    More at postallads4free.com

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^