Logo KBBA

MAKLUMAN : Pelaksanaan Kupon Meletak Kenderaan di Bandar Kangar dan Arau

January 03, 2018

*Pelaksanaan Kupon Meletak Kenderaan di Bandar Kangar dan Arau*

Adalah dimaklumkan mulai 1 Julai 2017 pihak Majlis Perbandaran Kangar Perlis telah melaksanakan sepenuhnya pelaksanaan kupon meletak kenderaan di bandar Kangar dan Arau sepanjang waktu operasinya iaitu pada setiap hari Isnin hingga Sabtu (kecuali cuti umum) mulai jam 8 pagi hingga 6 petang. Kadar yang dikenakan adalah seperti berikut:

*Setengah jam atau sebahagian daripadanya 👉RM 0.30*
*Satu jam atau sebahagian daripadanya 👉RM 0.60*
*Kadar Harian 👉RM 2.00*
*Pas Bulanan 👉RM 50.00*

Sebagai langkah menambahbaik kemudahan parkir meletak kenderaan ini pihak Majlis telah mengecat semula semua petak parkir sedia ada dan mewujudkan petak parkir untuk golongan  OKU serta ibu mengandung di beberapa lokasi. 

Selain itu, dalam usaha memudahkan urusan pengguna seharian pihak Majlis kini memperkenalkan aplikasi sistem Padiyo Mobile-App-System dimana sistem ini masih dalam kaedah 'trial run' bermula dari  1 Januari hingga 31 Mac 2018 bagi pengguna di Jalan Seruling, Kangar. 

Antara manfaat kepada pengguna adalah:

🌟Mudah membuat bayaran parkir. Tidak perlu mencari tempat membeli kupon.
🌟Secara automatik terpapar info kadar caj parkir, info masa dan kawasan dikenakan caj parkir.
🌟Mudah membuat bayaran melanjutkan sesi parkir dengan hanya menekan skrin di handphone.
🌟Boleh mencetak resit parkir bila-bila masa.
🌟Boleh bantu membayar parkir orang lain dengan cara transfer kredit parkir
🌟Menerima alert tone 10 minit sebelum masa parkir tamat untuk mengelakkan dikompaun
🌟Boleh mencetak senarai rekod penggunaan parkir mingguan, bulanan dan sebagainya
🌟Masih boleh menggunakan kupon jika mahu kerana kehadiran Padiyo Mobile-App tidak menghapuskan kupon

Sebanyak 495 petak di Arau dan 3474 petak letak kenderaan di Kangar telah mula dikuatkuasakan sepenuhnya meliputi kawasan-kawasan seperti berikut:

*Arau:*
- Kompleks Tok Arau

*Kangar:*

*Zon 1:*
Jalan Hospital
Jalan Indera Kayangan

*Zon 2:*
Jalan Barrack
Medan Kangar

*Zon 3:*
Medan Kapitol
Lencongan 2

*Zon 4:*
Persiaran Jubli Perak
Jalan Seruling
Jalan Raja Syed Alwi

*Zon 5:*
Samb Jalan Raja Syed Alwi
Jalan Meranti Bukit

*Zon 6:*
Samb Jalan Raja Syed Alwi

*Zon 7:*
Taman Sena Indah

*Zon 8:*
Taman Mutiara
Pengkalan Asam

*Zon 9:*
Taman Pertiwi
Taman Pertiwi Indah

Sebagai makluman, kupon-kupon letak kereta ini boleh diperolehi di Ibu Pejabat Majlis atau dimana-mana Pejabat Cawangan Majlis serta melalui ejen-ejen jualan kupon yang telah dilantik seperti berikut:

Kawasan Kangar: 👇👇👇

✅ WP Neng Trading - 012 4891169
✅ Liew Tean Yoon - 019 4787969
✅ Speed Arrow Enterprise - 012 4017222
✅ Kedai Dunia Baru - 012 4105339
✅ IT Biz Technology Enterprise - 04 9705511 @ 012 4549790
✅ Farmasi Teratai - 04 9760727
✅ Zamri Trading & Services - 04 9775988 @ 013 4775034
✅ Pustaka Aman - 04 9762452
✅ Pustaka Aman Cawangan - 04 9768828
✅ Kedai Yong Lee - 012 4805293
✅ Anita Enterprise Co - 014 7575988
✅ BGH Sejati Trading - 019 4413571
✅ Hong Locksmith Centre - 012 4300236
✅ Kangar Tukang Jahit - 012 4051209
✅ Ban Hong - 019 5459611
✅ Jujaya Stationery Sdn Bhd - 04 9764371
✅ Uni Mart City - 016 4466928
✅ Eng Leong Auto Supplies - 012 4079798
✅ Perniagaan Wijaya Utara - 012 4210795
✅ Pasaraya Cardmatic - 012 5618866
✅ Giap Tukang Jahit - 017 5346140
✅ Suntech Stationery Trading - 04 9763071
✅ Jujaya OA Sdn Bhd - 017 5516668
✅ Sing Kong Meng Vision Care - 04 9765831
✅ Siuyi Fesyen - 013 6458628
✅ Kim Beng Heong - 017 5346140
✅ Fast Work Enterprise - 012 4837373
✅ Kang Store - 012 4891770

Kawasan Arau: 👇👇👇

✅ Toko Ar-Rayyan 013 2006996
✅ Pasaraya Ekonomi Indah Ceria Sdn Bhd - 013 5997611

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


*Pegawai Perhubungan Awam*
*Majlis Perbandaran Kangar Perlis*

sumber : copy whatapps

" aku saja nak share dengan u'ousll yang tak tahu lagi khasnya penduduk di negeri PERLIS ^_^

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Dulu dekat kangar je ada kupon ni hehehe skrg bnyk tempat

    ReplyDelete
  2. Alamak,kena ready dengan kupon dalam kereta nampaknya...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^