Logo KBBA

PENGALAMAN MENDAFTAR ANAK TAHUN 1 2018

January 07, 2018

hai semua,

Betul la kata orang tua-tua. Pengalaman itu mendewasakan kita. okay ! aku pun rasa macam dah cukup Dewasa selepas usia aku meningkat ke 30 series nommnommnomm..-_-. Sifat mak-mak tu pastilah terselah selain kuat berletiaq dan rajin bagi pesanan-pesanan penaja untuk anak-anak aku yang sedang membesar tu.

Alhamdulillah tahun nie kaisara dah masuk Tahun 1. aku baru sahaja mendaftar kaisara di tahun 1. dah seminggu pun berlalu. aku nak share la juga pengalaman aku mendaftar anak di tahun 1 2018 almaklumlah kaisara nie kan anak sulong aku...adalah sedikit teruja bercampur risau. Risau mak-mak gitew, boleh ke dia nak servive dekat seklah nanti tanpa kita mak & ayahnya nie. Kalau tanya Kaisara aku tahu jawapannya pastilah seronok. kaisara ne suka belajar dan nampak macam boleh je nak terokai alam persekolahan itu cuma aku bimbang la sikit sebab dia sama je macam aku kecik-kecik comel hahaha..kang tenggelam dek kawan-kawan -_-




PERSEDIAAN KELENGKAPAN PERSEKOLAHAN TAHUN 1

Sekarang baru aku tahu macam mana perasaan mak-ayah yang bertungkus lumus nak sediakan kelengkapan persekolahan anak-anak. anak sorang dua macam stabil je lagi kan. kalau masuk 3 4 ke 5 orang sekali gus..fuhhh bocor poket wehh! barang sekarang pun bukan murah-murah. okay, apa yang perlu kita sediakan? memula ari tu aku pun macam blurr sikit anak sulong kan.takat nak sediakan yang basic-basic untuk masuk sekolah tu aku tahu la selebihnya macam mana pula. 

Macam kaisara hari itu aku memang dah buat check-list sikit apa yang perlu di beli. Anak pertamakan aku macam terfikir banyak la sikit. Contoh macam baju ermm.. nak bagi dia pakai baju licin ke baju cotton? kata mak-mak kan maka otak memang ligat berfikir, kalau baju cotton boleh ke tahan panas, kalau baju licin macam mana pula? Perempuan nie memang complicated kan hahaha..itu belum masuk lagi part kain tudung...hikhikhikss..

Aku sediakan Kaisara 2 pasang dahulu baju sekolah. Anak pertamakan aku ingat nanti nak topup lagi sepasang. Bukan apa mak-mak bekerja nie kadang tak menyempat nak basuh baju sekolah hari-hari (alasan)

Part Beg-Korang Pilihlah beg yang bersesuaian dengan saiz badan anak. Part nie pun aku buat pilihan lama juga. nak belikan beg beroda @ beg galas biasa? aku ambil kira banyak juga faktor. korang tahu je la beg roda nie dah jadi trend anak-anak bawak ke sekolah especially tahun 1 la alasan senang nak tarik. tapi kita tak tahu lagi keadaan sekolah tu.kalau ada longkang macam mana nak tarik  kena angkat juga mesti lagi berat kan? atau kalau kelas dekat tingkat atas kena naik tangga macam mana nak tarik beg? ohh hoitt aku memang pikir sampai ke tahap tu hahaha... Lastly aku decide beli beg galas je. 

So, Bab kelengkapan persekolah korang sediakan aje Pakaian, Kasut, Beg dan Alat Tulis itu paling utama. tapi macam aku nie anak perempuan adalah sedikit tambahan barangan macam Kain Tudung , anak tudung dan Singlet..kena pilih-pilih juga . Jangan Lupa...:)


PENGALAMAN MENDAFTAR ANAK TAHUN 1

Hari Pertama pendaftaran tahun 1, semua parent kena dengar Taklimat dari Guru Besar dan Guru-Guru Kanan. Aku dan En.husband memang dah ambik cuti sebab makan masa setengah hari juga sebelum boleh masuk ke dalam kelas. Sekolah Kaisara nie kecik je, Kategori Pinggir Bandar, tak de rezeki hari tu nak daftar ke sekolah SBT (sekolah berpretasi Tinggi). Tapi tak pe la ada hikmahnya, kaisara sekolah dekat tepi jer pejabat aku, jadi senang la aku nak ulang alik ambik dia.

Lepas je dengar taklimat semua waris diminta mengambil buku teks dan membeli buku tulis di Koperasi sekolah. Macam sekolah kaisara nie diaorang tempatkan terus pelajar ke dalam kelas mengikut list Memula itu aku ingat macam ad exam juga, tapi mungkin selepas ini kot...lagipun sekolah dia ada dua kelas sahaja.Murid sedikit macam tak de beza je duduk kelas pertama atau ke dua hehe.




 Lepas dah ambil tempat duduk, cikgu kelas mula edar Jadual Waktu..Haa Part nie aku Blurr lagi sekali. Jadual Waktunya lain Macam wehh! aku cuma faham perkataan macam BM, BI, M3 , PI selebihnya husband aku gie jumpa cikgu dan bertanya...hahaha bukan apa esoknya dah nak ikut Jadual aku nie yang anak First masuk sekolah Confirm la tak reti lagi nak baca Jadual Waktu , Darjah 1 pun dah ada subjek Sains (terkejut aku), dah tu tulis DST- Dunia Sains Teknologi, DM-Dunia Muzik, PSI, TSMK - Tasmid . fuhh..tulis shortform semua aku mana nak faham -_- . Zaman aku duu tak de lagi subjek macam tahun 1 sekarang nie.Harap-harap aku mampu la memberi tunjuk ajar dekat kaisara nanti.

Lastly, Pasal KAFA aku rasa mesti ramai parent yang dah tahukan sekolah rendah sekarang dah wajibkan pelajar tahun 1 masuk kelas KAFA. Walaupun aku rasa ramai je Parents yang tak setuju. Aku pun tak nak ulas panjang sebabnya aku pun dalam proses nak buat permohonan untuk tidak terlibat dengan KAFA untuk kaisara tahun nie. SEBABnya nanti aku story next la...

itu jer kot bab pengalaman aku Daftar Tahun 1 untuk kaisara.
Nanti aku update sedikit pasal Kaisara & kawan-kawanya masa time rehat macam mana pula (kucar-kacir la juga) 2 hari aku ulang alik ke sekolah dia time rehat.


You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. Tak pe complicated urus hal anak2 sebab nanti depa tak la complicated dah nak but itu ini kan...

    ReplyDelete
  2. tq kongsi pengalaman anak dah naik darjah 1..saya belum ada pengalaman lg anak bersekolah

    ReplyDelete
  3. COMEL mak n anak hii.. biasalah mula2 ni nak mak, nanti lama2 ada kawan ok la

    ReplyDelete
  4. ohhh..baru tau ya. Bole ya kalo tamau kafaa.. thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Anak akak dulu pun tak masuk KAFA masa darjah satu..darjah dua baru masuk kafa .. Sekarang darjah satu dah wajib KAFA ke??

    ReplyDelete
  6. Nanti gini lah kot nak antar anak sekolah ahaha enjoy dulu ..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^