//]]>

Resepi Pudding jagung custard

September 29, 2013

salam



nak share dengan korang resepi pudding custurd
home by permatabiru...
walaupun  tengok macam mudah aje..
tp nie le first time saya cuba hehehe

bila mood rajin datang...
xlalu makan pun daku buat juga...
tp suka juga makan puding nie..
cuma tu la baru berkesempatan membeli bahan-bahannya

selalu makan puding jagung yang pakai agar-agar tu aje...
pun mudah juga..next time saya kongsi agar-agar puding jagung plak
kali nie puding jagung kasturd 
dlu ehhh...

jom tgk bahan-bahan:

1 tin jagung
1 tin susu cair
2 mangkuk tepung custurd
2 mangkuk air 
1 mangkuk gula halus/kastor


cara-cara:

1. mula-mula masukkan tepung custurd + jagung dalam tin ( saya blender separuh) nak bg halus
2. gaul kan bersama 1 tin susu cair + air
3. kacau hingga sebati, masukkan ke dalam periuk..
4. mula panaskan bahan2 atas api sederhana...
5. masukkan gula kastor dan kacau sehingga sebati
6. pastikan api kecil dan jangan berhenti kacau sehingga bahan tersebut kelihatan masak ( nak tahu masak sampai korang nampak buih plomp..plomp tuu..)
7. sedia di pindahkan ke dalam loyang, sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk..sedia untuk di makan...


taraaa....kejap dan mudah kan..



masak atas api..(gini ler rupanya..)



siap untuk di sejukkan...



nota: belum sempat masuk peti dah siap di makan separuh..hahaha xsabar tau!...
insyallah untuk kali ke seterusnya mungkin lagi baik rupa dan rasanya..hehe...(kira percubaan pertama berjaya la juga...)

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^