Logo KBBA

ANDAINYA TAKDIR DRAMA TRANDING RAMADAN 2017

June 23, 2017

Salam

Semalan berakhirnya episod
ANDAINYA TAKDIR
lakonan syukri yahya & nina iskandar
Yang menjadi tranding di media sosial
Ada la sedikit kelainan yang cuba di tonjolkan..
Mungkin sebab tu ramai yang tak sabar nak tengok penghujungnya

Jujurnya aku tak tengok sangat pun episod mula-mula cerita nie..
Tengok sekejap-sekejap je
Sebab aku memang tak suka jenis2 keganasan nie..
Nak lagi dekat isteri yang baik macam watak tehah tu...
aishhhh bikin aku geram aku...

Satu lagi aku rasa tak sesuai je anak2 aku tengok
Sebab ada la sekali tu aku tengok skali dengan kaisara dan kaliff..dia punya soalan kenapa ayah dia pukul mama?kenapa dia jahat mama?kenapa dia menangis mama..
Aiyoo susah nak jawab..kesian anak aku banyak pula persoalan di minda diaorang kan..so tutup tv & tido jer

Tapi...
Pesepsi aku mula berubah bila
Aku mula ikut semula drama nie bila anak2 aku sibuk menonton citer kartun time tu..hihi
Dapat la tgk dengan amannya..semangat aku berkobar2 nak tengok tehah lawan balik laki dia -_-
Aissshhh baik sangat tehah tu...

Dan pengajaran dari drama nie
Korang boleh tengok dekat episod last sekali..haaa...baru betul2 sampai apa yang cuba di ketengahkan bukan sekadar isu Baran, kaki pukul isteri tapi sikap manusia
Macam watak ibu airil..jenis batu api..suka kepohci...tak hormat suami...watak adik airil yang cemburu nelihat kebahagiaan tehah..apakah anda tergolong seperti watak2 antagonis dalam cerita andainya takdir ini? Haa...cuba ambik iktibar..tau!
aku rasa wujud jer orang-orang macam airil nie..jenis CEMBURU BUTA...bawa-bawa lah bersabar..

Aku selit sedikit pengalaman aku berjiran dengan orang baran dulu..time tu aku kecik lagi...kami duduk rumah taman..zaman kanak-kanak aku pun tak faham lagi time tu macam mana periuk belanga jiran umah aku tu selalu je terbang sebab gaduh laki bini..bini tak boleh bersembang bercampur dengan jiran-jiran.anak2 jiran aku time tu sebaya aku je..kalau mood bapak dia baik boleh la kami berkawan..kalau time baran dia punya marah, sampai seminggu la tak keluar rumah...sampai tahap nak balik ziarah makyah sendiri pun dia tak izinkan bini dia pergi..-_-

aku dah nampak dengan mata aku sendiri macam mana jiran aku tu layan bini dia..now dah besar panjang nie baru aku tau...kerana sikap panas baran yang susah nak di kontrol...merana bini dan anak-anak dia....kesian wehh..mampu tengok dari jauh je...tak berdaya nak membantu tapi kadang-kadang mak aku tolong juga senyap2...time dia tak ada dekat rumah....
banyak dugaannya..selagi mampu bersabar...alhamdulillah sekarang aku tengok diaorang sekeluarga masih bersama...mungkin berkat kesabaran isteri dia agaknya..mmg bini dia baik-baik jer...nak buka mulut citer dekat jiran2 pun tidak..tapi orang boleh nampak dan dengar apa yang terjadi..hurmmm

Harap-harap kita di jauhi dari sikap dan sifat yang negetif ini.

Sekian ulasan aku drama ANDAINYA TAKDIR best!!


You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Saya tak la peminat drama ni tapi disebabkan isteri suka tengok, jenguk2 lah sikit, dua2 pelakon hero dan heroin telah berjaya membawa watak masing-masing.... x la cintan cintun sopan je... huhu

    ReplyDelete
  2. tengok jugak la masa episod last tu.. sebelum tu cma tgok sikit2 je.. tapi agak boleh paham la plot dia macam mana.. rasanya macam x de la tarikan sangat pasal drama nih.. biasa2 je.. hmm.. pendapat saya ala..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^