//]]>

INFO: EOperasi Tahukah anda?

June 13, 2017



salam ramadan ke 18. aku muncul kali nie nak memberi info ,
input dan output untuk u'oulss..
terutamanya kakitangan kerajaan.
haa..yang bukan kakitangan kerajaan pun rasanya boleh je baca entry aku nie sampai abis yer..hehe

mula-mula apa yang perlu korang tahu berkaitan Eoperasi.Apa itu eoperasi ehh?

Hasil carian imej untuk pendidikan



EOperasi Modul Pengurusan Guru merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tahukah anda apa itu sebenarnya E-Operasi?

EOperasi adalah sebuah aplikasi digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Selain itu juga, Kerajaan telah pun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu,antaranya:

1. SAPS Ibu Bapa
SAPS semakan Ibu dan Bapa untuk memeriksa keputusan peperiksaan sekolah murid.
Jika anda gunakan website ini, lebih mudah untuk anda akses keputusan peperiksaan dengan cara yang tepat dan betul

2. APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
APDM merupakan sistem data bagi murid-murid bertujuan untuk memudahkan tugas guru.
APDM iaitu singkatan kepada Aplikasi Pangkalan Data Murid digunakan oleh guru untuk memasukkan data dan maklumat murid seperti kehadiran dalam kelas. Kehadiran murid akan dikemaskini secara online di APDM dari semasa ke semasa. APDM akan dikenali sebagai modul Pengurusan Murid (PM) mulai 1 Januari 2015.

3. HRMIS
HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System.
Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

4. Jawatan Kosong
website yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong di seluruh negara dari masa ke semasa. Terdapat pelbagai kekosongan yang boleh di isi oleh rakyat malaysia yang berminat .


Sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

okay kalau korang nak tahu E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).

haa... mudahkan semuanya hanya di hujung jari sahaja..yang penting kena ada internet la hihihi...
Hasil carian imej untuk cikgu mengajar


Dengan adanya 
e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet. 

ini merupakan salah satu pendekatan untuk memudahkan pengguna. klik-klik sahaja dah boleh dapat info yang berkaitan betul tak?

sebenarnya aku rasa masih ramai para guru yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem e-Operasi ini betul tak?tak pe korang jangan risau

Di bawah ini adalah cara untuk login e operasi Modul Pengurusan Guru:
Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi
jangan risau post nie aku memang sediakan macam-macam info untuk korang klik-klik je link yang aku sertakan nie ehh!

untuk makluman tambahan aku syorkan Guru-guru untuk login sistem ini melalui laman web ini bagi mengelakkan masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi

Modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

Hasil carian imej untuk pendidikan


okay last..korang faham tak apa yang aku nak sampaikan nie?

kalau tak faham sila ulang baca 3x yer...hihi...secara rumusannya info ini sebenarnya sangat bermanfaat untuk semua terutamanya untuk pengurusan Guru - yang mana penggunanya adalah guru dan bukan guru (termasuk semua kakitangan sekolah serta JPN/KPM) boleh menggunakan eoperasi ini. aku sebenarnya ada pengalaman menjadi kakitangan di JPN selama 4 tahun dalam bidang HRMIS yang mana ketika itu web ini baru sahaja di bangunkan dan dalam proses pengenalan kepada kakitangan sekolah,guru-guru serta peringkat jabatan. pada aku setiap web yang di perkenalkan adalah untuk kemudahan penggunanya sesuai dengan peredaran semasa, mudah dan pantas.ok sekian...:)

pssttt: Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online. 

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. WAHHh..sekarang semuanya lebih mudah.

    ReplyDelete
  2. 1st time dengar pasal eOperasi ni..

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^